Boleh panggil saya Nyna (Nina). Saya lahir di Seremban, Negeri Sembilan pada bulan April dan telah membesar di Batu Pahat, Johor. Saya merupakan anak kedua daripada empat adik beradik. Saya seorang graduan Sarjana Muda Kejuteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kemudian saya menambah pengalaman dengan menyertai latihan SL1M selama enam bulan di syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi peringkat Sarjana Pendidikan (Sumber & Teknologi Maklumat). Saya berminat dengan bidang pendidikan dan teknologi ketika menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda. Mempunyai pengalaman dalam menghasilkan perisian dan juga mempelajari Instructional Design (ID). Sekarang saya mula berjinak-jinak dengan bidang teknologi pendidikan pula.
"Learn from yesterday, Live for today, Hope for tomorrow”- Albert Einstein