Elektromagnet ialah suatu magnet yang medan magnetnya dihasilkan oleh aliran arus elektrik Oleh itu, PETUA GENGGAM TANGAN KANAN (Right Hand Grip Rule) ini digunakan bagi menentukan ARAH MEDAN MAGNET yang dihasilkan apabila arus elektrik mengalir. Arus medan yang dihasilkan berrbentuk seperti pusaran (magnitud) yang tidak berubah (konsisten). Berdasarkan gambar rajah diatas, apa yang anda faham mengenai gengaman tangan kanan?
(1) Ibu Jari : Arah arus elektrik yang mengalir dari medan Positif (S) kepada Negatif (U). (2) Jari yang dibengkokkan : Arah medan magnet yang terhasil.
0 Comments
Dibawah tajuk Trigonometri subjek Matematik, terdapat formula mudah bagi mengira nisbah setiap sisi panjang bagi bentuk segitiga tegak iaitu teknik SOH CAH TOA. Teknik ini sangat mudah bagi mengingati fungsi formula pengiraan SINE (Sin), COSINE (Cos), dan TANGENT (Tan).
Bagaimana nak tahu segitiga adalah bersudut tegak/tepat? Jawapan : Kedudukan segitiga mestilah bersudut 90 darjah. Apa nilai bagi A, O dan H ? Jawapan : A (Adjacent) merupakan nilai tapak bawah (melintang), O (Opposite) adalah nilai sisi tegak, dan H (Hypotenuse) pula adalah nilai diantara A dan O, berhadapan dengan sudut 90 darjah. DuckCapture adalah sebuah Perisian yang digunakan untuk 'Screenshot' daripada dekstop komputer. Terdapat 5 komponen di dalam DuckCapture iaitu Region dan Polygon (Crop maklumat yang diperlukan sahaja) , Window (untuk current view pada dekstop sahaja), Scrolling (untuk screenshot penuh dari atas ke bawah current page) & Fullscreen (untuk sreenshot current full screen dekstop). Terdapat juga 'Advanced Options' untuk mengubahsuai general infor, output file dan keyboard. Setelah perisian DuckCapture di Install ke dalam komputer, hanya perlu mengarahkan cursor di bahagian 'Show Hidden Icons' untuk menggunakannya.
ForMRing adalah singkatan bagi Formula Matematik Ringkas yang saya hasilkan sendiri dimana merangkumi topik Isipadu Pepejal bagi subjek Matematik bagi pelajar Tingkatan Satu. Harap teknik mudah ini dapat membantu para pelajar untuk mengingati formula dengan tepat dan tidak keliru dengan setiap bentuk.
Platform Piktochart menyediakan pelbagai templet untuk menghasilkan bahan yang berbentuk Infografik, Pembentangan, Poster, Laporan, Flyers dan juga Iklan. Anda boleh menggunakan contoh templet yang disediakan ataupun mencipta templet anda sendiri mengikut kreativiti yang anda suka. Setelah itu, anda juga boleh mengedit, pratonton semula dan memuat turun bahan yang dihasilkan pada bila-bila masa.
Gambar dibawah adalah Infografik yang saya hasilkan menggunakan Piktochart berkaitan topik Denggi : Aplikasi Plotagon merupakan satu platform membina sebuah penceritaan berbentuk animasi 3D. Pemilihan karakter juga amat banyak. Karakter boleh dihidupkan dan tidak limitkan kreativiti dalam mencipta watak yang pelbagai. Pembinaan jalan cerita boleh dihasilkan tanpa perlu bersusah payah, hanya klik di hujung jari. Selepas karakter dihasilkan, boleh 'Create New Plot' untuk menghasilkan jalan cerita dengan memasukkan Scene, Dialogue, Text Plate, Interaction, Sound dan Music yang bersesuaian. Video yang dihasilkan juga menyediakan 'Subtitle' atau sari kata yang sama dengan apa yang ditulis. IMaka terbentuklah sebuah cerita pendek, perbualan, perbincangan, penceritaan atau sebagainya. Harap anda seronok tonton Plotagon saya ! Video dibawah ini pula adalah animasi kedua yang saya hasilkan menggunakan Plotagon Studio Trial. Videoscribe merupakan sebuah platform pembinaan video yang dihasilkan dalam bentuk lakaran. Hanya perlu memasukkan teks, gambar dan latar muzik mengikut susunan yang anda inginkan. Ia sangat mudah digunakan dan penghasilan video menjadi lebih menarik serta berinfografik. Berikut adalah percubaan saya menggunakan Videoscribe : Tambahan, aplikasi Videoscribe ini memerlukan capaian internet dan pendaftaran akaun. Anda juga perlu melanggan sekiranya ingin menggunakan Videoscribe kerana tempoh bagi percubaan Videoscribe hanyalah satu (1) minggu sahaja. Sekian.
Perisian Coggle sangat mudah digunakan untuk menghasilkan sebuah peta minda yang padat dan terperinci. Sesuatu topik pembalajaran dapat diringkas mahupun sebuah idea dapat dikembangkan lebih luas lagi dengan menggunakan Coggle. Ia dapat meningkatkan dan menguatkan lagi pemahaman seseorang terhadap sesuatu perkara yang dipelajari atau dibincangkan. Coggle sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran, mesyuarat, perbincangan, dan sebagainya. Berikut adalahcontoh Coggle yang saya hasilkan untuk subjek Fizik bagi topik Daya & Gerakan (Newton's Law) :
Biteable adalah satu platform pembinaan video animasi yang menakjubkan. Pelbagai contoh templet disediakan dengan hanya pilih dan memasukkan teks yang anda inginkan. Pembinaan setiap 'scene' amatlah mudah dengan pilihan animasi yang banyak dan menarik perhatian. Biteable sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan video untuk bahan bantu pengajaran, pembentangan, berkongsi maklumat dan sebagainya. Dibawah ini adalah video yang saya bina menggunakan Biteable, enjoy ! Hari ini adalah hari pertama saya didedahkan dengan pembinaan sebuah video menggunakan aplikasi Biteable dan dipantulkan menjadi AR menggunakan aplikasi BlippAR. Aktiviti ini sungguh menakjubkan kerana saya telah mempelajari sesuatu yang baharu. Video akan dihasilkan sepenuhnya menggunakan aplikasi Biteable yang menyediakan ilustrasi dan animasi pelbagai. Saya boleh merekabentuk jalan cerita mengikut kreativiti dan memasukkan teks dan bunyi latar. Setelah video siap dihasilkan, saya simpan di YouTube Channel saya. Setelah itu, saya perlu mendapatkan 'Code' untuk dimasukkan ke dalam aplikasi BlippAR di bahagian 'Setting > Enter Test Code'. Code ini perlu didapatkan daripada aplikasi BlippBuilder. Code yang dimasukkan bertujuan untuk dikesan oleh aplikasi BlippAR untuk menjadikan AR dipantulkan di skrin telefon. Di dalam aplikasi BlippBuilder pula, saya telah membina satu perantara untuk mendapatkan 'Code' tersebut. Sila masukkan (CODE : 1216987) di applikasi BlippAR dan 'Scan' gambar dibawah; Setelah itu, video MyVacation akan dipaparkan atau boleh klik button 'YouTube' dan ia akan terus ke link video yang saya upload di Youtube Channel saya. Sekian.
Terima kasih buat pensyarah saya, Dr. Fariza Khalid kerana telah mengajarkan ilmu ini. |
NynaHope you guys can share your opinions, suggestions or comments on my blog :) COURSEMATE BLOGARCHIVES |