Hari ini adalah hari pertama saya didedahkan dengan pembinaan sebuah video menggunakan aplikasi Biteable dan dipantulkan menjadi AR menggunakan aplikasi BlippAR. Aktiviti ini sungguh menakjubkan kerana saya telah mempelajari sesuatu yang baharu. Video akan dihasilkan sepenuhnya menggunakan aplikasi Biteable yang menyediakan ilustrasi dan animasi pelbagai. Saya boleh merekabentuk jalan cerita mengikut kreativiti dan memasukkan teks dan bunyi latar. Setelah video siap dihasilkan, saya simpan di YouTube Channel saya. Setelah itu, saya perlu mendapatkan 'Code' untuk dimasukkan ke dalam aplikasi BlippAR di bahagian 'Setting > Enter Test Code'. Code ini perlu didapatkan daripada aplikasi BlippBuilder. Code yang dimasukkan bertujuan untuk dikesan oleh aplikasi BlippAR untuk menjadikan AR dipantulkan di skrin telefon. Di dalam aplikasi BlippBuilder pula, saya telah membina satu perantara untuk mendapatkan 'Code' tersebut. Sila masukkan (CODE : 1216987) di applikasi BlippAR dan 'Scan' gambar dibawah; Setelah itu, video MyVacation akan dipaparkan atau boleh klik button 'YouTube' dan ia akan terus ke link video yang saya upload di Youtube Channel saya. Sekian.
Terima kasih buat pensyarah saya, Dr. Fariza Khalid kerana telah mengajarkan ilmu ini.
0 Comments
Tidak dinafikan teknologi yang dicerapkan dalam dunia pendidikan menjadikannya lebih mudah dicapai, dihantar, diterima dan dikembangkan. Kita boleh lihat contoh seperti video di atas yang memaparkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dilaksanakan dengan menggunakan Augmented Reality (AR). AR adalah seperti ilusi objek yang terbentuk mewakilkan objek sebenar supaya ia kelihatan lebih dekat dan terperinci.
AR dalam pendidikan semakin luas kerana penggunaannya yang tidak terhad menjadikan pembelajaran boleh berlaku dimana sahaja dan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian. |
NynaHope you guys can share your opinions, suggestions or comments on my blog :) COURSEMATE BLOGARCHIVES |