Aplikasi Plotagon merupakan satu platform membina sebuah penceritaan berbentuk animasi 3D. Pemilihan karakter juga amat banyak. Karakter boleh dihidupkan dan tidak limitkan kreativiti dalam mencipta watak yang pelbagai. Pembinaan jalan cerita boleh dihasilkan tanpa perlu bersusah payah, hanya klik di hujung jari. Selepas karakter dihasilkan, boleh 'Create New Plot' untuk menghasilkan jalan cerita dengan memasukkan Scene, Dialogue, Text Plate, Interaction, Sound dan Music yang bersesuaian. Video yang dihasilkan juga menyediakan 'Subtitle' atau sari kata yang sama dengan apa yang ditulis. IMaka terbentuklah sebuah cerita pendek, perbualan, perbincangan, penceritaan atau sebagainya. Harap anda seronok tonton Plotagon saya ! Video dibawah ini pula adalah animasi kedua yang saya hasilkan menggunakan Plotagon Studio Trial.
0 Comments
Videoscribe merupakan sebuah platform pembinaan video yang dihasilkan dalam bentuk lakaran. Hanya perlu memasukkan teks, gambar dan latar muzik mengikut susunan yang anda inginkan. Ia sangat mudah digunakan dan penghasilan video menjadi lebih menarik serta berinfografik. Berikut adalah percubaan saya menggunakan Videoscribe : Tambahan, aplikasi Videoscribe ini memerlukan capaian internet dan pendaftaran akaun. Anda juga perlu melanggan sekiranya ingin menggunakan Videoscribe kerana tempoh bagi percubaan Videoscribe hanyalah satu (1) minggu sahaja. Sekian.
Perisian Coggle sangat mudah digunakan untuk menghasilkan sebuah peta minda yang padat dan terperinci. Sesuatu topik pembalajaran dapat diringkas mahupun sebuah idea dapat dikembangkan lebih luas lagi dengan menggunakan Coggle. Ia dapat meningkatkan dan menguatkan lagi pemahaman seseorang terhadap sesuatu perkara yang dipelajari atau dibincangkan. Coggle sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran, mesyuarat, perbincangan, dan sebagainya. Berikut adalahcontoh Coggle yang saya hasilkan untuk subjek Fizik bagi topik Daya & Gerakan (Newton's Law) :
Biteable adalah satu platform pembinaan video animasi yang menakjubkan. Pelbagai contoh templet disediakan dengan hanya pilih dan memasukkan teks yang anda inginkan. Pembinaan setiap 'scene' amatlah mudah dengan pilihan animasi yang banyak dan menarik perhatian. Biteable sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan video untuk bahan bantu pengajaran, pembentangan, berkongsi maklumat dan sebagainya. Dibawah ini adalah video yang saya bina menggunakan Biteable, enjoy ! |
NynaHope you guys can share your opinions, suggestions or comments on my blog :) COURSEMATE BLOGARCHIVES |